Kibarkan Jalur Gemilang~!

Jalur Gemilang

Monday, October 11, 2010

Psycho!

Alkisah......
Hari jumaat lepas Cik Ain keluar ofis agak lewat dari biasa.. So, Cik Ain terpaksa la tunggu bas sorang-sorang.. Tak lama lepas tu, datang la sorang budak perempuan.. Biar la Cik Ain gelar budak perempuan ni sebagai Minah.. Dah lebih kurang 5 minit dia berdiri kat situ, maka wujudlah perbualan di bawah:

Minah : Dik!Dik!Keje kat mana?

Cik Ain : Ofis dekat ngan kedai dobi kat belakang tu..

Minah : Ooo.. Dik.. akak nak mintak tolong sket boleh?

Cik Ain : Ha?Mintak tolong pe? *Cik Ain ingat dia nak jual barang sebab dia tengah pegang krim*

Minah : Ermm.. Boleh tak adik teman akak malam ni? Akak tinggal sorang kat rumah.. Housemate akak pegi konvo kat Sabah.. Kawan-kawan akak yang lain dah kawin.. Boleh tak dik?

Cik Ain : Haaa??Ermm.. tak boleh la akak.. Esok saya nak pegi KL.. *Cik Ain tipu.. :p*

Minah : Esok nak pegi KL?Hurmm.. takpela.. Kalau camtu adik teman akak malam ni.. Adik bawak baju kan? *Sambil mata si Minah ni tengok beg laptop Cik Ain*

Cik Ain : Eh.. saya tak bawak baju la.. *Dalam hati Cik Ain, "ko ingat aku lari dari rumah ke? Sengal.."*

Minah : Ha takpe takpe.. Adik pakai je baju akak.. Bole tak dik?

Cik Ain : Tak boleh la akak.. Saya tak biasa.. Nape akak tak ajak kawan-kawan akak yang lain?

Minah : Kan akak dah cakap! Kawan-kawan akak semua dah kawin! *Tinggi suara*

Terdiam..*Cakap dalam hati, eh eh.. emo pulak minah ni.. tampor kang!*

Cik Ain : Takkan akak takde kawan yang bujang?

Minah : Diaorang semua balik kampung..

Dua-dua diam jap...

Minah : Adik.. nape tak keje kat Alamanda?

Cik Ain : Haaa??Nak watpe keje kat Alamanda? Keje pe kat Alamanda? *agak terkejut dengan soalan ni*

Minah : Keje kat kedai-kedai kat situ.. Kedai baju.. Supermarket.. Ha Guardian tu basic gaji dia banyak tau!

Terdiam lagi.. *Sah sah pompuan ni ingat aku keje kedai dobi..*

Cik Ain : Keje saya dah ok kat sini.. Nak watpe keje kat sana.. *Terus paling muka sebab dah rasa nak marah*
Minah : Adik.. adik.. krim ni ok tak?

Cik Ain : Entah.. Saya tak pernah guna.. *Ko ingat aku ni tester krim ke?*Sengal infiniti punya minah*

Minah : Adik ni umur berapa?

Cik Ain : 25.. akak?

Minah : 20.

Cik Ain : Dah tu nape beria sangat nak berakak-akak?? *Memang Cik Ain dah marah time ni*

Minah tu sengih-sengih yang Cik Ain rasa sangat annoying dan Cik Ain palingkan muka lagi sekali sebab dah tak kuasa nak layan.. Minah tu sangat psycho dan scary!! Secara logiknya kan, kalau kita tinggal sorang pun kat rumah, takkan tetiba nak ajak orang tak kenal temankan.. Gila ke? Buatnya terajak orang jahat, camne? Sampai Cik Ain terfikir, kalau Cik Ain temankan dia, nanti kena bunuh cmne?huhu.. Moralnya sekarang, jangan keluar ofis lewat kalau sorang-sorang.. hee.. :)

Friday, October 8, 2010

Fridays!


Yup Fridays! I love Fridays! Everybody loves Fridays I think.. :) Last working day in a week!

Sabtu dan Ahad adalah masa untuk diri sendiri.. yippie! Cik Ain tak tau lagi plan minggu ni.. Maybe stay kat rumah je.. Perlu mengemas bilik yang terasa dah berkurun tak berkemas.. Habuk-habuk pun tengah seronok bermaharajalela dalam bilik Cik Ain tu.. huhu..

Oh ya! Hari ni ada pasar malam kat Presint 2! Dah lama tak melawat pasar malam.. Sejak geng ke pasar malam dah bertukar kerja.. :( Kalau mood rajin ON, maka Cik Ain akan berjalan-jalan ke sana after work.. *jarang sangat mood rajin nak ON lepas keje.. :p*

Anyway, happy weekend peeps! Have a great one ok! :)

Thursday, October 7, 2010

L.A.P.A.R


Saya lapar. I am hungry. 我饿了 (wǒ è le).

Cesshh.. tetiba terselit Mandarin kat situ.. Cik Ain rindu nak cakap Mandarin like i used to learn back in Labuan..
Rindu kat laoshi yang sangat strict.. hehe.. Cik Ain ingat lagi bila nak exam Mandarin je, mula la bertungkus lumus mengadap buku kulit hijau yang laoshi import dari China! :) Bila time oral lagi gabra! Tak cukup dengan baca text depan laoshi, adegan berlakon pun kena buat jugak tau!

Bila kenang-kenang balik, memang seronok.. Rindu zaman belajar.. Rindu sangat.. Ok, back to the topic.. Cik Ain lapar! Tu je nak cakap sebenarnya.. Mukadimah je panjang.. haha.. :p

Kepada Cik Mimi, ain nak makan ikan yang mak mimi pos masa kita kat Labuan tuuu!!! Sedap sangat bila goreng pastu makan dengan nasi panas!

Monday, October 4, 2010

We'll miss you..


Semalam hari yang sedih untuk Cik Ain sekeluarga.. Kucing kesayangan dah takde.. :(

Uteh dengan abah.. Sempat jugak dia beraya.. :)

So long Uteh... we'll miss you....