Kibarkan Jalur Gemilang~!

Jalur Gemilang

Monday, November 15, 2010

Banyak benda


Bosannya!! Kerja memang banyak.. Banyak sangat tapi sangat malasss nak siapkan.. Tolong la mood kerja.. Sila datang! wuuu.. (+_+) Hari Isnin dengan Jumaat memang hari malas buat kerja ke eh? Selalu orang sebut Monday Blues.. Tapi takde pulak Friday Blues.. ke ada?hehe.. Hari Jumaat malas nak buat kerja sebab mood weekend macam dah terjerit-jerit kat telinga.. Weekend!Weekend! Camtu la jeritannya lebih kurang.. haha.. :p

Hurmm.. Raya Haji Cik Ain tak balik Karak sebab cuti sehari je.. Encik Sidi berlagak ye cuti 2 hari!Siap nak tambah sehari lagi.. amboi! hehehe.. :) Cik Ain takde plan lagi nak buat apa time raya.. Memerap dalam bilik je kot.. Nak masak rendang bagai memang tak la kan.. haha.. :p

Eh terlupa pulak nak wish.. Congrats to my dearest cousins, Nana dengan Khairil sebab dapat 5A dalam UPSR.. I'm so proud of you both! :)

Cik Ain dah bli tiket Harry Potter.. Tak sabar nak tengok.. Lama dah tunggu ni.. hee.. :)

Tiket adik tersayang pun Cik Ain dah bli.. Maklum la dah nak cuti semester kan.. Tak sabar nak tengok rumah meriah semula.. Semua orang balik.. :)

Tetiba hari ni mood sinar fm datang.. So, Cik Ain pun dengar sinar fm dari pagi tadi.. hee.. Memang oldies la lagu.. Bila dengar mesti macam, "Oh lagu ni masa aku tadika dulu.. Oh lagu ni masa darjah 6.. Oh lagu ni tak penah dengar.." haha.. macam bes pulak.. :)

Memang banyak benda yang Cik Ain merapu ni.. sebab tu letak tajuk banyak benda.. hehe.. Ok, tak nak merapu dah.. insaf sekejap!kiki.. :p

Wednesday, November 10, 2010

Beringat


Orang selalu cakap hidup ibarat roda.. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah.. Betul dah apa yang orang cakap tu.. Tapi kebanyakan manusia ni selalu lupa bila dah berada di atas.. Lupa saudara mara.. Lupa kawan-kawan yang baik *kawan yang hampeh memang wajib la lupa kan?:p*..

Bila berada di atas, sila jangan berlagak.. Sila jangan bercakap besar.. Sila jangan bangga diri.. Sila jangan sombong.. Sebab masa kita untuk berada di bawah tu pasti tiba..

Thursday, November 4, 2010

Dari Hati..


2 entri dalam sehari? amboi amboi Cik Ain.. hehe..

  • Benda yang dah lepas, yang dah berlaku jangan simpan dalam kepala lagi.. Dah tak boleh nak buat apa-apa.. Cuma boleh ambil iktibar, peringatan, pengajaran dan sewaktu dengannya je la.. Kesian sikit dekat otak tu yang kena bekerja keras seumur hidup.. Seumur hidup tau! Bukan sepanjang tahun sepanjang hari.. Gunakan otak anda untuk simpan perkara-perkara yang penting.. Bukan perkara-perkara remeh ok! :)

  • Bila sesuatu benda tu dah jadi, jangan asyik nak fikir kenapa jadi camtu, kenapa tak jadi camni.. Bukan tak boleh fikir langsung.. Boleh.. Tapi bukan setiap masa.. Lebih baik fikir apa yang perlu dibuat supaya benda tu tak berulang lagi di masa yang akan datang.. *macam buat karangan BM darjah 5.. haha*

  • Kadang-kadang bila kita bermasalah, kita fikir kita la orang yang paling malang dalam dunia.. Tidak! Percaya la ada lagi orang yang lebih bermasalah daripada kita..

  • Bila orang bagi nasihat, dengar nasihat tu dari sudut positif.. Ayat macam "Ko cakap senang la.. Ko tak rase camne.." sangat tak membantu! Niat orang tu baik nak tolong redakan keadaan, tapi bila kita cakap camtu serupa macam kita tak berkongsi masalah.. Say no to negative thinking! Kalau ternegatif sekali sekala tu takpe la kan.. Tapi untuk penyelesaian masalah, elakkan fikiran-fikiran yang negatif.

Bila dugaan datang, kita kena bersabar.. Bila kebahagiaan muncul, kita kena bersyukur.. :)


Life is beautiful.. Don't waste it.. Learn it, live it, love it! :)

Gambar ehsan Google :)

Jujur dari hati Cik Ain.. Sekian~ :)


Idea/Ide/Whatever..


Kalau takde idea, tenung kotak new post ni 10 tahun pun tak guna.. haha.. Cik Ain memang takde idea tapi tak tau kenapa jari-jari ni takmo berhenti tekan keyboard.. *Ok, tipu.. sebab nak taip ayat ni pun seksa rasa.. :p*

Hari ni Cik Ain balik Karak.. Yay!Yay! Hepi! Hepi! :) Tapi Raya Haji nanti Cik Ain tak balik sebab cuti tengah-tengah minggu kan.. Nak apply annual leave pun, annual leave dah ciput.. huhu.. Pasrah je la nanti.. ;(

Haish.. tak tau la nak taip apa dah.. Ha! I had Nasi Lemak for breakfast! *Omaigod! Just stop la Ain!* Ok, Cik Ain stop kat sini.. hehe..


Eh jap nak sambung sikiiitt je lagi.. rajin-rajin nanti, pegi la melawat blog Baju Si Manja.. ada cute busha pants kat situ.. Kalau nak beli lagi bagus! hee.. A lot more products soon! :)

motif gambar: ahh.. xde motip motip!haha.. :p