Hari ahad lepas, Cik Ain dan Cik Nisa pergi berjalan-jalan, bersiar-siar dan sewaktu dengannya kat Alamanda.. Tujuan asalnya sebab Cik Nisa nak beli kasut and makan Spicy Arabiata kat Pizza Hut..
Sampai je Alamanda, tersangat la ramai spesies homo sapien ni.. Maklum la, weekend... memang sentiasa ramai orang kan.. Cik Ain boleh bilang tak sampai 5 kali pun Cik Ain pergi Alamanda during weekend.. So, Cik Ain macam terkena kejutan budaya la sekejap hari Ahad lepas *ok, hiperbola di sini*.. :p
Masa tengah makan kat Pizza, berlakulah perbualan di bawah:
Cik Nisa: Kalau tak ramai orang, I nak bawak U buat manicure..
Cik Ain: Haa?Manicure? Erm..ermm.. masa buat manicure tu dia kikis-kikis kan? *sambil ramas jari sendiri*
Cik Nisa: A'ah.. ala, tak sakit pun..
Cik Ain:Ooo.. ok.. *ramas jari lg*
Dah abis makan, kitorang pun naik atas, terus serang Nail Parlour.. bermula lah episod kengerian dan kengiluan Cik Ain terhadap kuku sendiri.. berkerut jugak la muka.. haha... Tapi bila dah siap, rasa tak nak pandang tempat lain... Asyik nak pandang kuku je.. kiki.. Berbaloi la sesi kerut muka Cik Ain sebelum tu.. :p
Cik Nisa, pasni u jangan la bawak I pergi Pedicure pulak.. mau i tertendang orang yang usik kaki I... wakaka.. :p Anyway, thanx babe!! I loike the result.. :)