Kibarkan Jalur Gemilang~!

Jalur Gemilang

Friday, February 11, 2011

Cherry

Pagi-pagi tadi masa naik bas nak pergi kerja, nampak budak-budak sekolah tengah lari beramai-ramai.. Merentas desa kot.. Comel je mereka semua! hehe.. Tetiba Cik Ain teringat zaman purba sekolah dulu.. Cik Ain memang tak suka gila merentas desa! Benci! Sebab penat.. Lagi satu sebabnya, Cik Ain jarang sangat sampai dalam masa yang ditetapkan! huhu.. Memang tak berbakat dalam sukan langsung.. dissapointed Tapi bila tengok dorang tadi, rasa rindu pulak.. Serius rindu! Zaman sekolah memang bes kan? Masa sekolah sebok nak kerja, masa kerja sebok nak sekolah.. Apa daa.. haha..

Teringat jugak masa stay asrama dulu, Cik Ain selalu kena denda sebab lewat.. Lewat pergi perhimpunan,.. Lewat pergi prep class.. Pastu kena detention la.. berkawad la.. Kutip sampah la.. Adoi laa! hehe.. Tapi seronok!

Pernah jugak sekali tu, Cik Ain senyap-senyap tengok boys kena denda tengah-tengah malam.. Tak tau la sebab apa dorang kena denda.. Tapi bila nampak ikut tingkap bilik ramai-ramai berkawad tengah-tengah malam, mesti la rasa nak pegi tengok kan.. Cik Ain pun masuk la bilik kosong yang memang boleh nampak dorang sejelas-jelasnya.. *Masa ni Cik Ain dengan kawan-kawan ye :p* Sekali tengah syok-syok tengok, warden lelaki a.k.a cikgu English boleh pulak ternampak kitorang dalam bilik dan terus jerit dengan sekuat hati, "Hoiiiiiiiiiiii!!!" Ha, apa lagi, lintang pukang semua lari! Terus masuk dalam bilik masing-masing.. Tak keluar dah.. haha.. Nasib baik tak terkantoi.. Kalau tak, Cik Ain and the gang pun join dorang berkawad tengah-tengah malam.. phew

Anyway, school years memang happening! Tetiba hari ni cerita pasal school kan.. Eh tapi kenapa tajuk entri ni cherry? Sebab ternampak cherry kat roti Cik Ain ni ha! kiki.. :p

2 comments:

nisa ~ shasha said...

ain, i mati2 ingt ada resipe kek cherry ke kan. hahahaa..

peanutzz said...

ngahaha.. cess!!i blum terbukak ati lg nk letak resipi kt blog! :p