Kibarkan Jalur Gemilang~!

Jalur Gemilang

Monday, October 25, 2010

Geram!


Kalau rase tak boleh nak bertolak ansur dengan orang sekeliling, jangan duduk dengan manusia!!
Pegi duduk dalam hutan! Bercampur-gaul dengan haiwan-haiwan liar..

Yes, I hate u! Memang tak elok benci orang tapi keadaan sangat memaksa and once I hate, it's forever!

Friday, October 22, 2010

Status~


Status? Ada apa dengan status? Haa.. Cik Ain nak cakap pasal status Facebook.. Cik Ain percaya semua orang pun suka letak status kat Facebook.. Termasuk la Cik Ain sendiri.. Tapi Cik Ain rasa sangat tak selesa dengan status sesetengah orang yang terlampau emo dan di post boleh dikatakan hampir setiap minit.. Nak cakap setiap saat macam melampau pulak kan.. hee..

Tak salah pun nak post status tu.. Tapi biar lah berpada-pada.. Nak post status emo pun tak salah.. Boleh sangat.. Tapi jangan la setiap minit.. Nanti semua orang jadi emo bila baca status tu.. huhu.. Kesian kat orang yang tak bersalah.. hehe.. Sama jugak untuk orang yang tengah rindu-rinduan tu.. Ye, Cik Ain tau tengah rindu kat orang tu, orang ni.. Tapi nak post pasal rindu tu cukup la sekali..

Ye, memang la Facebook masing-masing.. Tapi kita kan share dengan kawan-kawan jugak.. Kalau orang asyik cakap benda yang sama, berulang-ulang macam, "Weh, tadi aku makan roti".. Tak lama lepas tu dia cakap lagi, "Weh, tadi aku makan roti".. Kita pun jadi bosan kan? So, no hard feelings ok! Just my 2 cents.. :)


Wednesday, October 20, 2010

What a Day!


Wahh.. cantik tarikh hari ni ye.. 20.10.2010.. Tapi macam malang pulak untuk Cik Ain.. Mana taknya, pagi tadi tertinggal bas.. Bas dah ada depan mata tapi Cik Ain tak boleh nak pegi dekat bas sebab tengah tersangkut kat tepi jalan.. Kereta banyak sangat.. Tak boleh nak melintas.. Akhirnya Cik Ain terpaksa beri pandangan sayu kat bas yang dah gerak.. *agak poyo ayat ni.. haha*

Ok, takpe la tertinggal bas tu.. Nanti ada lagi bas lain.. Tak sampai 10 minit, datang lagi 1 bas.. Cik Ain pun gumbiraaa.. On the way nak ke ofis tu, bas ni pulak buat hal.. Bas yang sebelum ni tak reti-reti nak slow, asyik meluncur je atas jalan tu tetiba jadi merangkak-rangkak mengalahkan kura-kura!! Oh tidak! Maka, pemandu bas tu pun stop la tepi jalan.. Dia suruh semua orang turun, naik bas lain.. Cik Ain pun naik la bas lain.. Tapi bas tu tak pergi Presint 15 pulak sebab route dia ke Alamanda.. Ok, fine.. Cik Ain naik dulu bas tu, nanti kat Alamanda tukar naik bas lain.. Masa sampai kat Alamanda, bas ke Presint 15 pun memang dah ada.. Ha, apa lagi.. Berlari-larian la Cik Ain nak naik bas tu.. Fuh, nasib baik sempat!

Terasa sangat mencabar perjalanan nak ke ofis hari ni.. Bagai menempuh hutan belantara.. *unsur hiperbola di sini! Masuk hutan pun tak penah! :p* Tapi tadi Cik Ain tak berseorangan.. Cik Nor Noya dengan Cik Amutha ada sekali.. Kesian kami bertiga! hehe..

Cukup! Sekarang Cik Ain nak pergi menyiapkan kerja! ngeee.. :)

Tuesday, October 19, 2010

Benci

Benci dengan lampu yang kelip-kelip

Benci dengan aircond yang tak reti-reti nak sejuk

Benci! Benci! Benci!

Saya sungguh tidak selesa.......

p/s: Cik Ain bukan nak merungut.. But a good environment is much conducive for working and productivity! Kan? :)

Monday, October 18, 2010

Tears on my pillow~


Eh eh apsal tetiba tears on my pillow pulak ni? Haa.. meh meh Cik Ain cerita.. :)

Last weekend Cik Ain dah berazam tak nak keluar pegi mana-mana.. Nak duduk rumah je.. Maka, Cik Ain pun amik stok-stok cerita dari Kak Suri untuk mengisi masa lapang.. hee..

Hari Sabtu Cik Ain marathon cerita Harry Potter.. dari Sorcerer's Stone sampai The Order of Phoenix.. Al-maklum laa.. bulan 11 ni kan ada Harry Potter.. *can't wait! :)*

Hari Ahad Cik Ain pasang satu movie Jepun ni.. tajuk dia "1 Litre of Tears".. Mak aiiihh.. Sangat laa sedih ceritanya.. Tetiba je Cik Ain jadi murah dengan air mata.. Meleleh-leleh.. Sampai basah bantal.. huhu.. Macam Cik Ain pulak yang jadi pelakon.. Over sangat nak feeling-feeling bagai kan.. haha.. Tapi nak wat camne.. I couldn't help it! Movie tu rasanya dah lama keluar.. Tapi Cik Ain yang baru nak tengok.. hee..

Dear Kak Suri,

"Orang tu memang suruh kita menangis 1 litre kot! haha.. "

Monday, October 11, 2010

Psycho!

Alkisah......
Hari jumaat lepas Cik Ain keluar ofis agak lewat dari biasa.. So, Cik Ain terpaksa la tunggu bas sorang-sorang.. Tak lama lepas tu, datang la sorang budak perempuan.. Biar la Cik Ain gelar budak perempuan ni sebagai Minah.. Dah lebih kurang 5 minit dia berdiri kat situ, maka wujudlah perbualan di bawah:

Minah : Dik!Dik!Keje kat mana?

Cik Ain : Ofis dekat ngan kedai dobi kat belakang tu..

Minah : Ooo.. Dik.. akak nak mintak tolong sket boleh?

Cik Ain : Ha?Mintak tolong pe? *Cik Ain ingat dia nak jual barang sebab dia tengah pegang krim*

Minah : Ermm.. Boleh tak adik teman akak malam ni? Akak tinggal sorang kat rumah.. Housemate akak pegi konvo kat Sabah.. Kawan-kawan akak yang lain dah kawin.. Boleh tak dik?

Cik Ain : Haaa??Ermm.. tak boleh la akak.. Esok saya nak pegi KL.. *Cik Ain tipu.. :p*

Minah : Esok nak pegi KL?Hurmm.. takpela.. Kalau camtu adik teman akak malam ni.. Adik bawak baju kan? *Sambil mata si Minah ni tengok beg laptop Cik Ain*

Cik Ain : Eh.. saya tak bawak baju la.. *Dalam hati Cik Ain, "ko ingat aku lari dari rumah ke? Sengal.."*

Minah : Ha takpe takpe.. Adik pakai je baju akak.. Bole tak dik?

Cik Ain : Tak boleh la akak.. Saya tak biasa.. Nape akak tak ajak kawan-kawan akak yang lain?

Minah : Kan akak dah cakap! Kawan-kawan akak semua dah kawin! *Tinggi suara*

Terdiam..*Cakap dalam hati, eh eh.. emo pulak minah ni.. tampor kang!*

Cik Ain : Takkan akak takde kawan yang bujang?

Minah : Diaorang semua balik kampung..

Dua-dua diam jap...

Minah : Adik.. nape tak keje kat Alamanda?

Cik Ain : Haaa??Nak watpe keje kat Alamanda? Keje pe kat Alamanda? *agak terkejut dengan soalan ni*

Minah : Keje kat kedai-kedai kat situ.. Kedai baju.. Supermarket.. Ha Guardian tu basic gaji dia banyak tau!

Terdiam lagi.. *Sah sah pompuan ni ingat aku keje kedai dobi..*

Cik Ain : Keje saya dah ok kat sini.. Nak watpe keje kat sana.. *Terus paling muka sebab dah rasa nak marah*
Minah : Adik.. adik.. krim ni ok tak?

Cik Ain : Entah.. Saya tak pernah guna.. *Ko ingat aku ni tester krim ke?*Sengal infiniti punya minah*

Minah : Adik ni umur berapa?

Cik Ain : 25.. akak?

Minah : 20.

Cik Ain : Dah tu nape beria sangat nak berakak-akak?? *Memang Cik Ain dah marah time ni*

Minah tu sengih-sengih yang Cik Ain rasa sangat annoying dan Cik Ain palingkan muka lagi sekali sebab dah tak kuasa nak layan.. Minah tu sangat psycho dan scary!! Secara logiknya kan, kalau kita tinggal sorang pun kat rumah, takkan tetiba nak ajak orang tak kenal temankan.. Gila ke? Buatnya terajak orang jahat, camne? Sampai Cik Ain terfikir, kalau Cik Ain temankan dia, nanti kena bunuh cmne?huhu.. Moralnya sekarang, jangan keluar ofis lewat kalau sorang-sorang.. hee.. :)

Friday, October 8, 2010

Fridays!


Yup Fridays! I love Fridays! Everybody loves Fridays I think.. :) Last working day in a week!

Sabtu dan Ahad adalah masa untuk diri sendiri.. yippie! Cik Ain tak tau lagi plan minggu ni.. Maybe stay kat rumah je.. Perlu mengemas bilik yang terasa dah berkurun tak berkemas.. Habuk-habuk pun tengah seronok bermaharajalela dalam bilik Cik Ain tu.. huhu..

Oh ya! Hari ni ada pasar malam kat Presint 2! Dah lama tak melawat pasar malam.. Sejak geng ke pasar malam dah bertukar kerja.. :( Kalau mood rajin ON, maka Cik Ain akan berjalan-jalan ke sana after work.. *jarang sangat mood rajin nak ON lepas keje.. :p*

Anyway, happy weekend peeps! Have a great one ok! :)

Thursday, October 7, 2010

L.A.P.A.R


Saya lapar. I am hungry. 我饿了 (wǒ è le).

Cesshh.. tetiba terselit Mandarin kat situ.. Cik Ain rindu nak cakap Mandarin like i used to learn back in Labuan..
Rindu kat laoshi yang sangat strict.. hehe.. Cik Ain ingat lagi bila nak exam Mandarin je, mula la bertungkus lumus mengadap buku kulit hijau yang laoshi import dari China! :) Bila time oral lagi gabra! Tak cukup dengan baca text depan laoshi, adegan berlakon pun kena buat jugak tau!

Bila kenang-kenang balik, memang seronok.. Rindu zaman belajar.. Rindu sangat.. Ok, back to the topic.. Cik Ain lapar! Tu je nak cakap sebenarnya.. Mukadimah je panjang.. haha.. :p

Kepada Cik Mimi, ain nak makan ikan yang mak mimi pos masa kita kat Labuan tuuu!!! Sedap sangat bila goreng pastu makan dengan nasi panas!

Monday, October 4, 2010

We'll miss you..


Semalam hari yang sedih untuk Cik Ain sekeluarga.. Kucing kesayangan dah takde.. :(

Uteh dengan abah.. Sempat jugak dia beraya.. :)

So long Uteh... we'll miss you....