Kibarkan Jalur Gemilang~!

Jalur Gemilang

Friday, April 22, 2011

Seoul Garden!


Semalam Cik Ain pergi makan-makan dengan ofismate.. Atas persetujuan ramai, tempat yang menjadi sasaran adalah Seoul Garden! Sebab dah lama plan nak pergi sana.. :) Sangat bes makan kat sini.. Makan la banyak mana pun.. Nak ulang alik amik makanan 20 kali pun takpe.. Sebab style buffet.. Start dari pukul 11am sampai 4pm.. Bes kan?

Kadang-kadang bila tengok cerita Korea, rasa terliur tengok dorang bakar-bakar daging tu.. Macam sedap je.. Semalam dah pergi and memang sedap!!Sangat!! Banyak Cik Ain makan.. Rasa tak nak stop makan.. huhu..

Bendahari kutip duit sebelum bergerak.. hehe

My first plate.. :p

Kita bakor! Kita bakor! hehe :p


Dessert :)


Ha licin ko! hahaha.. aiskrim pun sedap!

Lastly,

Budak-makan-banyak :p

Seoul Garden, I'll definitely return!:)

Monday, April 18, 2011

Bongkak!


Entri ni ditujukan khas untuk pemandu bas yang tak sedar diri!

Benci betul la dengan driver bas yang sombong bongkak! Tak reti nak hormat penumpang.. Cara layanan seolah-olah orang tak penah bayar tambang bas pulak.. Hello! Duit penumpang la yang bayar gaji awak tau! Yang nak menyombong tak tentu pasal tu apa kes?

Jangan ingat orang yang naik bas tu low class sampai awak rasa boleh pijak-pijak kepala dorang.. Ada yang gaji lagi besar dari awak ye! Baru bawak bas, belum bawak kapal terbang lagi.. Kalau bawak kapal terbang, lagi tinggi angin gamaknye..

Dengar sini encik-encik pemandu bas ye.. Awak semua tiap-tiap hari deal dengan orang awam.. Kena belajar la cara nak berkomunikasi dengan orang ramai.. Awak letih ke, tak letih ke.. you have to deal with it! Ingat orang naik bas tu tak penat ke? Bila orang tanya, jawab je la elok-elok.. Kena bayar ke nak jawab elok-elok? Tak kan?Belajar beradab sket boleh?

Selama dekat 2 tahun Cik Ain kat Putrajaya ni, boleh bilang dengan jari je driver bas yang betul-betul sopan dan layan penumpang dengan elok.. Yang lain-lain tu tak tau la mana pergi adab masing-masing.. Ke laut agaknya.. Bagi pemandu bas yang bagus segala segi tu, keep it up! Bagi yang kurang adab sopan, berhenti je la bawak bas.. Pergi bawak kereta sorong!

**Ehsan google

Thursday, April 14, 2011

Call me Shafinaz~


Ewah tajuk tak boleh blah betul! haha.. Biar aa! Biar aa! :p

Sebenarnya Cik Ain teringat encik kat kaunter bank tu panggil Shafinaz.. ehek! Dah lama orang tak panggil Cik Ain cenggitu.. Err..motip?haha..

Cik Ain selalu je bertukar-tukar nama.. Ikut tempat.. Kalau kat kampung orang panggil Shafinaz.. kawan-kawan sekolah kat Cameron panggil Aini.. kawan-kawan kat MRSM Lenggong panggil Aini atau Finaz.. Kawan-kawan masa STPM dengan kat UMS panggil Ain.. Dan nama Ain tu melekat sampai sekarang.. hehe.. Tetiba terjatuh cinta dengan nama Ain.. *walaupun ramai giler nama Ain.. huhu* Peanut pun nama panggilan Cik Ain jugak.. Dari Finaz lama lama jadi Peanut.. Begitu lah sejarah nama saya.. hehe..

Call me Shafinaz~ Err.. bole? :p

Tuesday, April 12, 2011

Tamat!


Dah tamat tengok cerita Playful Kiss!! Yay! Ala shweettnyeeee Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong).. Ala cutenye! Ala smartnye! Alahai.. Alahai.. Tapi in reality, rasanya takde orang yang perfect gila macam watak Baek Seung Jo ni.. Tahap perfect di luar batasan! hehe..

Anyway, nice story! Takde la boring sampai tertido kan.. Lepas ni kena pilih cerita lain pulak untuk mengisi malam-malam hari ku.. eceh! :p

si budak perfect!*wink wink* ;)

Friday, April 8, 2011

Hepi+Emo


Perasaan bila esok adalah hari Sabtu? Super seronok! Super bes! Super gembira! Harus la kan? Sebab esok cuti! Ahad kurang seronok sket sebab Isnin dah nak pergi bertapa dekat ofis.. huhu..

Minggu ni Cik Ain stay dekat Putrajaya je.. Takde plan nak ke mana-mana.. Rasa nak mengadakan satu sesi memanjakan diri dengan tilam dan bantal.. hehe.. Eh jap! Cukup ke satu sesi?kikiki.. :p Ha!Dan lagi satu! Nak menonton cerita Playful Kiss.. Punya la lama dah cerita ni keluar, tapi Cik Ain baru nak start tengok.. Geram je rasa nak pergi beli cd.. Nak download tapi broadband ni bukannya boleh caye sangat.. Kalau dia behave, memang la sangat laju.. Time dia buat perangai, mula la macam siput! Haih.. (-_-)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mode: Emo sekejap

Rasa sangat menyampah dengan orang yang asyik nak membanding-bandingkan keadaan diri dia dengan orang lain.. Don't expect people to be like you! And read this aloud if it could make you 'awake'.... You are NOT that PERFECT!

Monday, April 4, 2011

Tanah Tinggi!


Minggu lepas Cik Ain pergi naik bukit dengan family.. Pergi melawat tempat Cik Ain membesar dulu-dulu.. :) Kat mana? Cameron Highlands!! Sangat rindu dengan tempat ni ok! :)

Cik Ain ikut jalan dari Raub.. Jalan baru.. Sebelum ni ikut Tapah.. Kalau ikut Raub tu, 3 jam je dah sampai.. Kalau ikut Tapah, amik masa 5 jam jugak! wuu..

Sampai je Cameron dah tengah hari.. Perut pun dah lapar.. Cik Ain dengan family pergi makan dekat kedai kawan Mak.. Fresh Strawberry Juice dia sangat sedap dan pekat!! Datang Cameron rugi laa tak minum air ni kan.. hehe..

Sedap sangattttttttttttt!!!

Kawan Mak sangat baik.. Dia belanja family Cik Ain makan.. Makcik Yan ni dari dulu suka belanja2 tau! Tenkiu ye! hehe.. :) *Errr.. Macam la Makcik Yan baca blog i.. haha :p*

A few more piccas...... :)

Cactus yang besar-besar dan gemuk-gemuk tapi not for sale!

Cactus yang comel-comel! Gerammmmm!

Fresh je rasa bila tengok pemandangan ni :)

Dua orang budak yang tak reti diam dalam kereta.. hehe

Ye, saya tuan ladang.. eh, tuan belog.. hehe

Jalan-jalan dengan family memang seronok kan! Sadly, Cameron dah tak sejuk macam dulu.. :( Tapi bila gosok gigi, still rasa macam berkumur dengan air batu! haha..