Kibarkan Jalur Gemilang~!

Jalur Gemilang

Thursday, December 30, 2010

Welcome 2011!

Hari Sabtu dah masuk tahun baru.. Cepat je masa kan? Bila dah tahun baru ni, maka umur pun bakal bertukar nombor.. waaa... Cepatnya tuaa!

Sebut tahun baru, mesti semua orang dah tetapkan azam masing-masing.. Termasuklah Cik Ain.. Harap-harap apa yang diazamkan akan tercapai.. Insyaallah.. :)

Happy New Year peeps! Cik Ain wish awal sebab Cik Ain nak balik kampung hari ni!Yay! clapclap

Harimau Malaya

Yay! Menang! Congrats Harimau Malaya! victoire *Mesti bersepah-sepah orang blogging pasal ni.. haha*

Cik Ain memang berdebar gila tengok semalam.. Jerit? Sudah mesti! Dengan housemate skali tumpang jerit.. haha.. Khairul Fahmi Che Mat pun dah masuk dalam senarai google search.. baru taip 'kh', nama dia first on the list.. hee.. Anyway, what a great talent! :)

The best part is esok cuti! hehe.. Tapi boleh ke cuti dalam keadaan yang super busy sekarang? worried

Congrats once again Harimau Malaya! Proud of you guys! :)

Tuesday, December 28, 2010

Heshhh

Kadang-kadang stress jugak dengan kata-kata orang.. Walaupun boleh buat dek, buat tak tau tapi bila dah menusuk berdesupp kat jantung tu, rasa macam nak baling orang tu kat harimau siberia je.. huhu.. Lagi rasa nak baling ke singa bila cakap betul-betul direct ke telinga.. anger Memang la bagus sebab tak mengumpat kan, tapi jangan sampai buat orang sakit hati.. Bila diri sendiri kena kutuk, tau pulak marah.. Tau pulak bising.. Masa mengutuk orang haaa sampai tak ingat dunia..

Nobody's perfect after all..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Error dah jumpe dan dah fixed! Seronok! Alhamdulillah.. :)

Tuesday, December 21, 2010

Bowl


Eh tak tak... bukan Cik Ain nak mengata, mengeji, mengutuk orang 'mangkuk'.. haha.. Cik Ain nak cakap pasal bowling.. hehe.. Dah 2 minggu berturut-turut Cik Ain pegi main bowling.. Mula-mula main kat The Mines.. Memang ke longkang saje! Benci! *Masa ni kali kedua main bowling dalam hidup Cik Ain.. hee* Point orang lain semua beratus-ratus.. Cik Ain 40 je!ohnohaha.. Memang takde bakat betul..

Minggu lepas Cik Ain pegi main kt Alamanda pulak.. haa, masa ni point dah ok sket.. Dah naik jadi 100 lebey.. yay! hee..clapclap Takde la malu sangat dah.. Seronok jugak main bowling ek.. Rasa macam nak amik kelas belajar bowling pulak.. haha

Dah main bowling tu, macam awal pulak nak balik.. Maka Cik Ain pun pegi la berkaraoke.. Oops! Lupe nak cakap.. Semua aktiviti ni adalah usahasama dengan housemate ku.. hehe..

tadaaa!! Karaoke kat The Mines.. *kat Alamanda lagi besh tau! :)*

Yay!Cik Ain dah ada hobi baru! :)

Sunday, December 19, 2010

Saya Tertekan!


Memang sangat tertekan! Kerja sangat banyak.. Bila dah bersemangat buat tetiba macam tak berfungsi je kat server.. pastu error log pulak tak menunjukkan tanda-tanda error.. huwaaaaa..

cry Benci! Benci!

I need strength!

Thursday, December 16, 2010

Yeahooo The Sequel


Eh eh ada sequel pulak ye.. haha.. Semalam aircond dah ok.. Hari ni lampu pulak ok.. Thank You! Baru la nampak setiap ceruk ofis ni.. Mata pun takde la buat renungan menggoda kat skrin laptop dah.. hehe.. :) Kalau lama lagi terpaksa bergelap, mau Cik Ain pakai spek 5 lapis.. haha *melampau!*

Thank You! Thank You! Thank You! To whom it may concern.. :)
thanks
bisikbisik Lebatnye ujan kat luar.. Kalau la hari ni cuti.. Oh heaven! :p

Wednesday, December 15, 2010

Yeahooo!


Yay! Yay! Ofis dah tak panas.. Ha baru la semangat nak buat keje.. kiki.. Harap-harap aircond ni tak buat perangai dah.. Lepas ni tak boleh dah complain aircond sejuk sangat ke ape ke.. Nanti aircond merajuk, kita merana.. haha..

Ok, Cik Ain nak sambung tido bekerja dengan jayanya... hee.. :)

happy

Monday, December 13, 2010

Kisah Kipas Mini!


Mula-mula sekali, sila baca tajuk dalam nada Doraemon ye.. diulang, Doraemon! haha.. :p

Aircond ofis buat hal lagi hari ni.. cuaca pulak panas terik kat luar.. bukan setakat aircond je rosak, lampu bahagian Cik Ain ni pun bermasalah.. haish! Macam mana nak keje ni ha? Hari tu ofis kelam, sekarang ofis dah jadi terang benderang sebab semua orang bukak tingkap..

Oleh kerana tak tahan dengan keadaan yang berbahang, maka kami pun beramai-ramai pergi rumah nobita Mydin sebab nak beli kipas siling mini.. Rasanya tinggal lagi 2-3 kotak je kat Mydin tu.. hehe..

Bermula la era kipas mini di tingkat 2.. huhu..


Wednesday, December 8, 2010

Lempang!


Kalau Jdev ni ada muka, memang dah kena lempang!!! Eeeeii, geram betul! Kenapa tak boleh nak Run ni?? Pagi tadi ok je.. Waaa.. keje menimbun, dia pulak buat hal!

Ok, memang sangat geram! Forum-forum kat Internet pun tak membantu.. *sigh sigh*

Bertabah lah Cik Ain......... :( *bagi semangat untuk diri sendiri*

Tahun Baru dan Cuti


Selamat tahun baru kepada seluruh umat Islam! :) Semalam adalah permulaan tahun 1432 Hijrah.. Semoga kita semua berada dalam lingkungan keberkatan-Nya.. :)

Hujung minggu lepas memang best! Sebab Cik Ain pulang ke kampung halaman.. hee.. Tok pulak dah bertambah sihat.. Sempat jugak datang rumah Cik Ain.. Rindu cucu-cucu katanya..

Semalam pulak bawak family jalan-jalan kat Alamanda.. Daniel nak pergi tengok sale MPH kat sana.. Mak pulak nak makan steamboat.. Maka, hari semalam adalah hari Cik Ain memenuhi impian semua orang! hehe.. Sempat jugak snap a few piccas kat Johnny's tapi................... terlupa nak transfer dalam laptop and camera dah pun selamat sampai Karak.. *sigh*

Anyway, sangat seronok balik rumah! :)

Thursday, December 2, 2010

Tangled~


Yes! Semalam dah tengok cite si rambut-panjang-gilerr! Not bad! Banyak jugak scenes yang kelakar tak hingat paling jimat.. hee..

Tetiba rasa nak simpan rambut panjang macam Rapunzel.. Senang sket.. Turun dari tingkat 10 guna rambut je.. Tak payah guna lif dan tak payah risau terperangkap dalam lif, lif rosak segala kan.. Tapiiiiii, berapa botol syampoo kena guna nak basuh rambut tu?hahaha.. Kalau buat rebonding, kaya la tokeh salon-salon rambut kan.. :p Sape-sape yang malas nak sapu rumah boleh la consider simpan rambut ala Rapunzel.. jalan sket je rambut automatik sapu lantai.. hehe..

Ok, enough mengarut! Sila la pegi tengok Rapunzel kawan-kawan.. Tak rugi and enjoyable! :) *Promote macam Cik Ain ada share dalam movie ni pulak.. hehe*

p/s: Eugene Fitzherbert a.k.a Flynn Rider tu sangat smart! Nasib baik ko kartun Eugene! hehe.. Bila tengok lama-lama muka si Eugene ni ala-ala muka pelakon Day After Tomorrow, Jake Gyllenhaal.. yeke? yekot.. haha ;)

*****************************************
Ok, selingan jap... makan muffin sambil minum susu memang sedap kan! Ohh heaven! :)