Kibarkan Jalur Gemilang~!

Jalur Gemilang

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha~!


Esok umat Islam akan menyambut Aidiladha @ Raya Korban @ Raya Haji.. :) Tadi on the way ke ofis Cik Ain nampak segerombolan lembu-lembu sedang beristirehat dekat padang area Presint 8.. Mesti lembu-lembu tu nak dikorbankan esok.. Jangan kesiankan mereka!Jangan kesiankan mereka! Nanti tak boleh makan daging mereka pulak.. huhu..

Kenapa kita sambut Aidiladha? Dari segi sejarahnya, sambutan Aidiladha adalah sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail demi menurut perintah Allah swt.. Masa Aidiladha la wujudnya Hari Tasyrik.. Ingat tak masa kita belajar untuk PMR dulu dalam Pendidikan Islam, hari-hari dilarang puasa.. Salah satunya adalah Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.. Jangan puasa tau.. no no no.. hehe.. Ha lagi satu, kita disunatkan supaya makanan yang mula-mula dimakan pada 10 Zulhijjah adalah daging korban yang berkat.. :)

Ok la, Cik Ain nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.. tak kira la kat mana pun.. Semoga Aidiladha memberi seribu pengertian buat kita semua.. :)

2 comments:

nisa ~ shasha said...

mana i nak cari daging korban ni?? :(

Pinat said...

i pn xtau nak cari mana.. huhu..
tengok org makan je la.. bole x? hee.. :p