Kibarkan Jalur Gemilang~!

Jalur Gemilang

Wednesday, December 28, 2011

Dinner Bujang :p

Tu! Tu! Kat atas tu dinner orang bujang macam Cik Ain.. Kekeke.. Kalau dah ada family sendiri, tapi masak macam ni untuk dorang, jadi family orang lidi la belaka.. Ke memang nak jadi orang lidi, Encik Sidi?*eh macam pantun dua kerat pulak..hihi* Jangan marah aaaa! :p


Ni nama dia salad tangkap muat.. Ceyy,nama tak boleh blah betul! Haha.. Sebab Cik Ain main letak je semua yang ada dalam fridge.. :) Apa yang penting? Kerjasama Perut kenyang! :p


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, December 22, 2011

Pictura~

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, December 18, 2011

Bakar bakar!

Fuh fuh tiup sawang sket.. Lama dah tak update blog..huu


Cuti-cuti ni Cik Ain main bakar-bakar.. Ikan bawal bakar dengan daging bakar cicah air asam! Yang daging tu ada salad ala-ala korea sket.. Sebab time masak pakai t shirt korea souvenir dari Nor Noya!ngeee ;) Feeling korea abes!haha..


Sambil taip entry ni ade pulak suara-suara sumbang di atas yang tengah berangan nk jadi Awie..brader!pitching lari la brader!pergi kejar balik pitching tu! Haha :p


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 30, 2011

Birthday!Birthday!

Happy birthday dearie!


I wish you the best,love...


Like I always do.. ;)

I smurfff u!! Ngeeee :)

Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 9, 2011

Great!

Bos: You takde keje lagi kan?

Me: Aah..keje saya goyang kaki je   sekarang ni..

Bos: Nah,amik duit ni.. pegi Pavillion tengok movie.

Me: Horrrayyy!


Kalau la dialog di atas menjadi realiti.. Oh great! Super duper great!


Mode:Bored.In.Office >.<


Published with Blogger-droid v2.0

Saturday, October 29, 2011

Tempat Baru

Susah betul nak lelapkan mata bila pindah ke tempat baru.. Rumah baru to be precised.. Terkebil-kebil online.. Urghh! Ok bye.


Published with Blogger-droid v2.0

Friday, October 7, 2011

Farewell~


Hari ni hari last Cik Ain dekat site office ni.. Tetiba rasa sedih pulak.. Yela, nak tinggalkan kawan-kawan.. Kawan makan, kawan gurau.. kawan gelak-gelak, kawan gossip-gosip.. hehe.. Bak kata orang, setiap pertemuan tu ada perpisahan.. ecece.. bermadah ko! :p

Rasa nak letak gambar-gambar sepanjang Cik Ain kat Heitech la.. Tadaaa!

Makan cekodok uswah! Hehehe :p


Kami la pioneer untuk ifms ipts.. hihi :p Sekarang semua dah bawak haluan masing-masing.. uhuk!


dinner yg rock! Seronok sangatttt!First time tau pergi dinner company.. hehe


Team building yang bes gilosh! :)


Semua bersatu hati, jiwa dan raga dalam bab memenuhkan perut.. hehehe..

Banyak kenangan Cik Ain masa bekerja dengan Heitech.. jumpa kawan-kawan baru.. belajar communicate dengan orang.. kerja dengan orang.. stress dengan orang.. erk! Hehe.. biasa la kan stress tu.. :p Apa yang penting kerjasama pengalaman yang Cik Ain dapat tu.. precious!:)

Buat Kak Rita, Munirah, Uswah and Ayman Syarif Dol.. gambatte ne! Ain mintak maaf la ye kalau ada salah silap, terkasar bahasa, tersasul bicara..halalkan makan minum.. ada masa kita jumpa.. sembang-sembang.. gossip-gosip.. jerit sambil gelek (kan munirah?haha).. Lepas ni geng makan tinggal berempat.. wahhh!Ala-ala Fantastic Four gitu! :p

Kak Non, Kak Liza dan kawan-kawan di OAS, terima kaseyy banyak-banyak ye! :)

And to great programmers a.k.a my team mates, Joko and Yohanes, nice working with you guys.. learnt a lot! All the best ok! Joko jangan lupa, nanti kalau jumpa belanja I nasi Jinggo.. Yohanes kena belanja bika Ambon.. hahahaha.. *bajet macam mereka baca je blog i. .ahh!tak kire! Nak berucap jugak! :p*

Erm, kat Abduh nak cakap apa ye.. mu hebak! Buleh dok gitu? Hahahaha :p

Last but not least,



**Gaya berucap macam menang Anugerah Akademik Negara je.. heuheu:p

Thursday, October 6, 2011

Agih

Perkataan 'Agih' memang sangat popular sekarang ni.. hihihi :p
Contoh:

cc: Ayman Syarif.. haha :p

Friday, September 30, 2011

Indulged~


What else to say?

yummy! :)

**Nor.. online please! :( *tetibe*

Thursday, September 29, 2011

Di Saat Kelaparan


Cik Ain sangat lapar! Tadi sanggup tak makan sebab nak pergi melalak.. sekarang, rasakan kau! huhu..

Terbayang cekelet ni.. sedapppp! Tapi susah nak cari kedai yang jual.. *sigh*



Salad ni pun sedappp.. My mom mesti buat salad ni kalau beliau tak tau nak masak sayur apa.. hehe.. luv it! luv it! :)

Tadaaaaa!

Seronok kan melalak ramai-ramai, kak rita? hehehe :p

BA (Business Analyst) ku pun join.. hehe :)

Oh lapar~!

Tuesday, September 27, 2011

Luncheon~


Omputih kata, "Let the pictures do the talking".. ecece! teehehe :p





**Venue: Nyonya Valley Cyberjaya (formerly known as Sri Penang)


ER Diagram


Lama tak lukis ERD (kadang-kadang Cik Ain panggil gambar rajah kaki ayam.. hee :p).. dan semalam tetibe kena lukis.. tadaaaa!


Dulu masa zaman belajar punyala berusaha bersungguh-sungguh faham ERD.. sebab dalam exam, soalan ni 40 markah! huhu


**Hari-hari tengok kalendar
**Kalau selalu masak, tak semestinya kena jadi chef.. kan? >.<
**Bila la nak dapat rumah sewa ni.. a bit worried! :(

Thursday, September 22, 2011

Counting Days~


Counting days! Counting days! Lamanya 2 minggu ni.. tak sabar dah nak berehat di rumah walaupun sekejap.. Lagipun dah lama tak main masak-masak.. hee :)

Cik Hanum! Tenkiuuuuu ye!Tanpa anda siapalah saya.. cewahhh! *tetibe* Sila terharu aku mention ko ni.. hahaha..


*Burger gemuk* p/s: takde kaitan dengan entri :p

Tuesday, September 20, 2011

Tercelik Mata


Semalam tidur lambat sebab pergi bersuka ria dengan Wada di dut dan Nor ni nu.. hehe.. :) Tapi motip bangun awal gila pastu update blog?Motip?Motip?

Kadang-kadang bila terlampau stress dengan perangai orang, rasa macam nak terduduk pastu nangis je depan orang tu.. Dan yang lagi penting rasa nak bagi penampar berdas-das sambil cakap, "Hoi hoi ko ni gila!Ko ni gila!"

Enough of my morning thoughts........

*Oh tenangnya tempat ni :)*

Monday, September 19, 2011

Task Done!


Seoul Garden, check! :)
Tak sabar nak berjejak kasih dengan kawan-kawanku.. hee

My task?Done!

*Happy Happy*


Sunday, September 18, 2011

Takde Tajuk


Esok dah kena pergi kerja?Cepatnyaaa cuti 3 hari ni habis!
Detik-detik stress dah nak muncul esok.. waaaaaa!
Walaupun kerja dah kurang menimbun sekarang, tapi sebab ada makhluk penyumbang stress kat ofis tu menyebabkan mood kerja Cik Ain tak berapa positif.. 'Terima kasih' la ye!

Ok, rumah tak jumpa lagi.. Date nak move out pun tak finalize lagi.. barang pulak confirm la tak kemas lagi kan.. Alamak! Seoul Garden pun belum book!

Aaaaaa.. banyaknya benda tak buat lagi!

Ok. bye! *Gaya macam nak pergi buat semua tu sekarang je! -_-' *

Tuesday, September 13, 2011

Bila Stress



Ya! Bila stress makan ni,


Heaven sekejap~!

Oh lupaa.. Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan! :)


Monday, August 22, 2011

Vanilla Shake



-Dad's Vanilla shake with Milo-


Refreshing. Indulging :)

Thursday, August 18, 2011

Iftar~


Semalam Cik Ain berbuka puasa dengan Nor n Wada.. Tak pernah berbuka sama-sama pun sebelum ni.. Dah ada peluang, mana boleh biar gitu je kan.. hehe.. :)

Hungry faces,

Nor

Wada

Tuan belog ;)

And our foods,

Appetizers~

Dessert :)


Lupa terus nak snap gambar main course.. Asyik sangat melayan kelaparan.. hehe..



Wednesday, August 17, 2011

No Work Loads For Today!


  • Like! Like! Like! Setelah berminggu-minggu busy dengan kerja, baru hari ni takde keje langsung! Hepi gilaaaaa! :) Baru la ada mood nk update belog kan? hehe
  • Hari ni Hari Nuzul Quran.. Hari untuk umat Islam mengingati peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.. :)
  • Sejak berpindah ofis ni, privacy di ofis dah hilang terus.. a bit stressed here! :( Depan, kiri, kanan ada orang.. >.<
  • Hari ni nak berbuka puasa dengan Cik Wadaaaa... yay! :)
  • Rasa macam nak upload pic makanan.. tadaaaaa!

Bulan puasa ni tiap-tiap minggu Cik Ain balik Karak.. minggu lepas sempat la buat cream puff! :)


Yang ni pulak menu berbuka last weekend.. Nasi Claypot by Abah :)

Ha yang ni supper.. by Abah jugak.. hee.. Bukan megi goreng ni.. mee kerinting kot nama dia.. :)

Weekend ni balik Karak lagi! Hoyay! :)

Monday, July 25, 2011

S.I si B.U.K buk SIBUK!


I'm busyyyyyyyy! Super duper busyyyy!!!

Feels like losing my life..

I need it back like seriously! :(


Friday, June 24, 2011

Mood Zero


Hari ni mood zero.. walaupun nak balik Karak petang kang.. Zero sebab teringat perangai manusia-manusia hipokrit yang bila susah cari.. bila senang, lupa..

Orang-orang camni jangan kawan dengan saya bole? Menyusahkan!

Friday, June 17, 2011

Strength


I've been hurt many times and I refuse to hurt more..

I need strength to move on.. I know I can..

Just keep moving forward.. Never turning back..

*Hwaiting! p(^.^)q*

Tuesday, June 14, 2011

Think Straight = False


Perbualan yang berlaku di gtalk,




Motip tanya pasal tenet ade ke tak di gtalk??haha..

I can't think straight lately!

Ok, get back to work! (+_+)

p/s: Sangat suka dengar lagu kisah hati by Alyah.. :)

Wednesday, June 8, 2011

Moments


There's always someone to be there for me.. My family... I miss every moments we had in Ipoh.. I miss those happy faces..

Beautiful beach~

Fun faces! :)

Ipoh, I wanna come back! :)

Thursday, June 2, 2011

Nak Pegi Pulau Perhentian!!!


Nak pegi Pulau Perhentian!! Takmo pegi Cherating! Takmo!Takmo! *guling-guling atas lantai*


Tengok! Tengok! Cantik kan Pulau Perhentian?Kan?Kan?


Cherating

Motip tetibe jadi demand dengan tempat team building? Motip?Motip? :p

Monday, May 30, 2011

A Year Older


I'm a year older.. Thank You Allah!
And thank you sayang-sayang for the birthday wishes! Really made my day! :)

Psstt.. A year older a year wiser eh?hihi.. :p

Thursday, May 26, 2011

Secret recipe.. Halal or Not?


I received lots of emails regarding pig DNA in baking ingredients involving Secret Recipe.. Well, I hope this link would clear things up..


And here also,

Thank You.

*MODE:Formal* :p

Saturday, May 14, 2011

Tak Sabar!


Tak sabar nak pegi KLIA jap lagi amik budak ni!



Yay! Full house! Cukup korum! Semua orang dah ada kat umah! Sangat hepi! :)

Friday, April 22, 2011

Seoul Garden!


Semalam Cik Ain pergi makan-makan dengan ofismate.. Atas persetujuan ramai, tempat yang menjadi sasaran adalah Seoul Garden! Sebab dah lama plan nak pergi sana.. :) Sangat bes makan kat sini.. Makan la banyak mana pun.. Nak ulang alik amik makanan 20 kali pun takpe.. Sebab style buffet.. Start dari pukul 11am sampai 4pm.. Bes kan?

Kadang-kadang bila tengok cerita Korea, rasa terliur tengok dorang bakar-bakar daging tu.. Macam sedap je.. Semalam dah pergi and memang sedap!!Sangat!! Banyak Cik Ain makan.. Rasa tak nak stop makan.. huhu..

Bendahari kutip duit sebelum bergerak.. hehe

My first plate.. :p

Kita bakor! Kita bakor! hehe :p


Dessert :)


Ha licin ko! hahaha.. aiskrim pun sedap!

Lastly,

Budak-makan-banyak :p

Seoul Garden, I'll definitely return!:)

Monday, April 18, 2011

Bongkak!


Entri ni ditujukan khas untuk pemandu bas yang tak sedar diri!

Benci betul la dengan driver bas yang sombong bongkak! Tak reti nak hormat penumpang.. Cara layanan seolah-olah orang tak penah bayar tambang bas pulak.. Hello! Duit penumpang la yang bayar gaji awak tau! Yang nak menyombong tak tentu pasal tu apa kes?

Jangan ingat orang yang naik bas tu low class sampai awak rasa boleh pijak-pijak kepala dorang.. Ada yang gaji lagi besar dari awak ye! Baru bawak bas, belum bawak kapal terbang lagi.. Kalau bawak kapal terbang, lagi tinggi angin gamaknye..

Dengar sini encik-encik pemandu bas ye.. Awak semua tiap-tiap hari deal dengan orang awam.. Kena belajar la cara nak berkomunikasi dengan orang ramai.. Awak letih ke, tak letih ke.. you have to deal with it! Ingat orang naik bas tu tak penat ke? Bila orang tanya, jawab je la elok-elok.. Kena bayar ke nak jawab elok-elok? Tak kan?Belajar beradab sket boleh?

Selama dekat 2 tahun Cik Ain kat Putrajaya ni, boleh bilang dengan jari je driver bas yang betul-betul sopan dan layan penumpang dengan elok.. Yang lain-lain tu tak tau la mana pergi adab masing-masing.. Ke laut agaknya.. Bagi pemandu bas yang bagus segala segi tu, keep it up! Bagi yang kurang adab sopan, berhenti je la bawak bas.. Pergi bawak kereta sorong!

**Ehsan google

Thursday, April 14, 2011

Call me Shafinaz~


Ewah tajuk tak boleh blah betul! haha.. Biar aa! Biar aa! :p

Sebenarnya Cik Ain teringat encik kat kaunter bank tu panggil Shafinaz.. ehek! Dah lama orang tak panggil Cik Ain cenggitu.. Err..motip?haha..

Cik Ain selalu je bertukar-tukar nama.. Ikut tempat.. Kalau kat kampung orang panggil Shafinaz.. kawan-kawan sekolah kat Cameron panggil Aini.. kawan-kawan kat MRSM Lenggong panggil Aini atau Finaz.. Kawan-kawan masa STPM dengan kat UMS panggil Ain.. Dan nama Ain tu melekat sampai sekarang.. hehe.. Tetiba terjatuh cinta dengan nama Ain.. *walaupun ramai giler nama Ain.. huhu* Peanut pun nama panggilan Cik Ain jugak.. Dari Finaz lama lama jadi Peanut.. Begitu lah sejarah nama saya.. hehe..

Call me Shafinaz~ Err.. bole? :p

Tuesday, April 12, 2011

Tamat!


Dah tamat tengok cerita Playful Kiss!! Yay! Ala shweettnyeeee Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong).. Ala cutenye! Ala smartnye! Alahai.. Alahai.. Tapi in reality, rasanya takde orang yang perfect gila macam watak Baek Seung Jo ni.. Tahap perfect di luar batasan! hehe..

Anyway, nice story! Takde la boring sampai tertido kan.. Lepas ni kena pilih cerita lain pulak untuk mengisi malam-malam hari ku.. eceh! :p

si budak perfect!*wink wink* ;)