Kibarkan Jalur Gemilang~!

Jalur Gemilang

Thursday, December 30, 2010

Welcome 2011!

Hari Sabtu dah masuk tahun baru.. Cepat je masa kan? Bila dah tahun baru ni, maka umur pun bakal bertukar nombor.. waaa... Cepatnya tuaa!

Sebut tahun baru, mesti semua orang dah tetapkan azam masing-masing.. Termasuklah Cik Ain.. Harap-harap apa yang diazamkan akan tercapai.. Insyaallah.. :)

Happy New Year peeps! Cik Ain wish awal sebab Cik Ain nak balik kampung hari ni!Yay! clapclap

Harimau Malaya

Yay! Menang! Congrats Harimau Malaya! victoire *Mesti bersepah-sepah orang blogging pasal ni.. haha*

Cik Ain memang berdebar gila tengok semalam.. Jerit? Sudah mesti! Dengan housemate skali tumpang jerit.. haha.. Khairul Fahmi Che Mat pun dah masuk dalam senarai google search.. baru taip 'kh', nama dia first on the list.. hee.. Anyway, what a great talent! :)

The best part is esok cuti! hehe.. Tapi boleh ke cuti dalam keadaan yang super busy sekarang? worried

Congrats once again Harimau Malaya! Proud of you guys! :)

Tuesday, December 28, 2010

Heshhh

Kadang-kadang stress jugak dengan kata-kata orang.. Walaupun boleh buat dek, buat tak tau tapi bila dah menusuk berdesupp kat jantung tu, rasa macam nak baling orang tu kat harimau siberia je.. huhu.. Lagi rasa nak baling ke singa bila cakap betul-betul direct ke telinga.. anger Memang la bagus sebab tak mengumpat kan, tapi jangan sampai buat orang sakit hati.. Bila diri sendiri kena kutuk, tau pulak marah.. Tau pulak bising.. Masa mengutuk orang haaa sampai tak ingat dunia..

Nobody's perfect after all..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Error dah jumpe dan dah fixed! Seronok! Alhamdulillah.. :)

Tuesday, December 21, 2010

Bowl


Eh tak tak... bukan Cik Ain nak mengata, mengeji, mengutuk orang 'mangkuk'.. haha.. Cik Ain nak cakap pasal bowling.. hehe.. Dah 2 minggu berturut-turut Cik Ain pegi main bowling.. Mula-mula main kat The Mines.. Memang ke longkang saje! Benci! *Masa ni kali kedua main bowling dalam hidup Cik Ain.. hee* Point orang lain semua beratus-ratus.. Cik Ain 40 je!ohnohaha.. Memang takde bakat betul..

Minggu lepas Cik Ain pegi main kt Alamanda pulak.. haa, masa ni point dah ok sket.. Dah naik jadi 100 lebey.. yay! hee..clapclap Takde la malu sangat dah.. Seronok jugak main bowling ek.. Rasa macam nak amik kelas belajar bowling pulak.. haha

Dah main bowling tu, macam awal pulak nak balik.. Maka Cik Ain pun pegi la berkaraoke.. Oops! Lupe nak cakap.. Semua aktiviti ni adalah usahasama dengan housemate ku.. hehe..

tadaaa!! Karaoke kat The Mines.. *kat Alamanda lagi besh tau! :)*

Yay!Cik Ain dah ada hobi baru! :)

Sunday, December 19, 2010

Saya Tertekan!


Memang sangat tertekan! Kerja sangat banyak.. Bila dah bersemangat buat tetiba macam tak berfungsi je kat server.. pastu error log pulak tak menunjukkan tanda-tanda error.. huwaaaaa..

cry Benci! Benci!

I need strength!

Thursday, December 16, 2010

Yeahooo The Sequel


Eh eh ada sequel pulak ye.. haha.. Semalam aircond dah ok.. Hari ni lampu pulak ok.. Thank You! Baru la nampak setiap ceruk ofis ni.. Mata pun takde la buat renungan menggoda kat skrin laptop dah.. hehe.. :) Kalau lama lagi terpaksa bergelap, mau Cik Ain pakai spek 5 lapis.. haha *melampau!*

Thank You! Thank You! Thank You! To whom it may concern.. :)
thanks
bisikbisik Lebatnye ujan kat luar.. Kalau la hari ni cuti.. Oh heaven! :p

Wednesday, December 15, 2010

Yeahooo!


Yay! Yay! Ofis dah tak panas.. Ha baru la semangat nak buat keje.. kiki.. Harap-harap aircond ni tak buat perangai dah.. Lepas ni tak boleh dah complain aircond sejuk sangat ke ape ke.. Nanti aircond merajuk, kita merana.. haha..

Ok, Cik Ain nak sambung tido bekerja dengan jayanya... hee.. :)

happy

Monday, December 13, 2010

Kisah Kipas Mini!


Mula-mula sekali, sila baca tajuk dalam nada Doraemon ye.. diulang, Doraemon! haha.. :p

Aircond ofis buat hal lagi hari ni.. cuaca pulak panas terik kat luar.. bukan setakat aircond je rosak, lampu bahagian Cik Ain ni pun bermasalah.. haish! Macam mana nak keje ni ha? Hari tu ofis kelam, sekarang ofis dah jadi terang benderang sebab semua orang bukak tingkap..

Oleh kerana tak tahan dengan keadaan yang berbahang, maka kami pun beramai-ramai pergi rumah nobita Mydin sebab nak beli kipas siling mini.. Rasanya tinggal lagi 2-3 kotak je kat Mydin tu.. hehe..

Bermula la era kipas mini di tingkat 2.. huhu..


Wednesday, December 8, 2010

Lempang!


Kalau Jdev ni ada muka, memang dah kena lempang!!! Eeeeii, geram betul! Kenapa tak boleh nak Run ni?? Pagi tadi ok je.. Waaa.. keje menimbun, dia pulak buat hal!

Ok, memang sangat geram! Forum-forum kat Internet pun tak membantu.. *sigh sigh*

Bertabah lah Cik Ain......... :( *bagi semangat untuk diri sendiri*

Tahun Baru dan Cuti


Selamat tahun baru kepada seluruh umat Islam! :) Semalam adalah permulaan tahun 1432 Hijrah.. Semoga kita semua berada dalam lingkungan keberkatan-Nya.. :)

Hujung minggu lepas memang best! Sebab Cik Ain pulang ke kampung halaman.. hee.. Tok pulak dah bertambah sihat.. Sempat jugak datang rumah Cik Ain.. Rindu cucu-cucu katanya..

Semalam pulak bawak family jalan-jalan kat Alamanda.. Daniel nak pergi tengok sale MPH kat sana.. Mak pulak nak makan steamboat.. Maka, hari semalam adalah hari Cik Ain memenuhi impian semua orang! hehe.. Sempat jugak snap a few piccas kat Johnny's tapi................... terlupa nak transfer dalam laptop and camera dah pun selamat sampai Karak.. *sigh*

Anyway, sangat seronok balik rumah! :)

Thursday, December 2, 2010

Tangled~


Yes! Semalam dah tengok cite si rambut-panjang-gilerr! Not bad! Banyak jugak scenes yang kelakar tak hingat paling jimat.. hee..

Tetiba rasa nak simpan rambut panjang macam Rapunzel.. Senang sket.. Turun dari tingkat 10 guna rambut je.. Tak payah guna lif dan tak payah risau terperangkap dalam lif, lif rosak segala kan.. Tapiiiiii, berapa botol syampoo kena guna nak basuh rambut tu?hahaha.. Kalau buat rebonding, kaya la tokeh salon-salon rambut kan.. :p Sape-sape yang malas nak sapu rumah boleh la consider simpan rambut ala Rapunzel.. jalan sket je rambut automatik sapu lantai.. hehe..

Ok, enough mengarut! Sila la pegi tengok Rapunzel kawan-kawan.. Tak rugi and enjoyable! :) *Promote macam Cik Ain ada share dalam movie ni pulak.. hehe*

p/s: Eugene Fitzherbert a.k.a Flynn Rider tu sangat smart! Nasib baik ko kartun Eugene! hehe.. Bila tengok lama-lama muka si Eugene ni ala-ala muka pelakon Day After Tomorrow, Jake Gyllenhaal.. yeke? yekot.. haha ;)

*****************************************
Ok, selingan jap... makan muffin sambil minum susu memang sedap kan! Ohh heaven! :)

Tuesday, November 30, 2010

Dearie


Dearie...

I wish for happiness will always be around you..
I wish you can reach your dreams and make them come true..
I wish the best for you, love..

Happy Birthday Encik Sidi! :)

Sheep pun wish happy birthday! hehe.. :)

Wednesday, November 24, 2010

Saya Suka Balik Rumah~


Minggu lepas Cik Ain balik Karak.. yay! Sempat jugak pergi jenguk Tok kat hospital.. She's getting better.. Alhamdulillah.. :)

Tetiba kat rumah Cik Ain ada sangkar!

Ni la sangkar tu.. Sangkar apa ek?

Jeng..

Jeng..

Jeng...

Tu sebenarnya tempat tinggal makhluk ni..

Sugar glider!hehe.. cumel kan?

Sebenarnya ada dua ekor.. Tapi Cik Ain malas nak snap banyak-banyak.. hee..

Ha masa dekat rumah la boleh request nak makan macam-macam kan.. Second day Cik Ain kat Karak, mak buatkan apple pie.. yummy!

Apple pie.. luv!luv! :)

Yang ni dalam piring Cik Ain.. letak eskrem.. syok!! :)

Cik Ain pun sempat jugak main masak-masak.. Cik Ain buat ni,

Creampuff!! hee.. Ada besor ada kecik.. heheh :)

Kunun kunun macam Beard Papa la.. Kunun ok kunun! hehe.. :p

Balik kampung memang best kan? Nak balik lagiiiiiiiiiiii... Hari Jumaat ni pulak! hehe.. :)

Friday, November 19, 2010

Horcruxes


Horcruxes?hehe.. Semalam Cik Ain pegi tengok Harry Potter and the Deathly Hallows.. Best!Best! Sebab dah lama tunggu kan.. :) To those yang belum tengok, sila la pegi tengok ye.. Tak rugi! :) Seriously Cik Ain tak sabar nak tengok next part..

Yay!Yay! Hari ni balik Karak.. Pagi tadi ada la pakcik tegur Cik Ain dari jauh.. Pakcik ke? Takde la tua sangat tapi anggap je la pakcik.. hee.. Dia cakap, "Balik kampung ke? Dah lambat dah.. Raya dah lepas.. " Cik Ain pun macam, "Apa kes orang tua ni? Sukati aku la nak balik lepas raya ke sebelum raya ke kan.." Tapi Cik Ain cakap dalam hati je la.. huhu.. Masa pakcik tu cakap camtu, Cik Ain bagi killer smile sket kat dia.. haha..

Kenapa rasa hari ni macam bosan eh? Hari-hari lain pun bosan jugak tapi hari ni terlebih bosan.. huhu.. Omaigod!Apsal lagu Jeritan Batinku versi Azlan & The Typewriter sangat bingit? Tak sampai meaning dia ok! I don't like it.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Deep in my heart, I pray for Tok to get well soon..... :(

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha~!


Esok umat Islam akan menyambut Aidiladha @ Raya Korban @ Raya Haji.. :) Tadi on the way ke ofis Cik Ain nampak segerombolan lembu-lembu sedang beristirehat dekat padang area Presint 8.. Mesti lembu-lembu tu nak dikorbankan esok.. Jangan kesiankan mereka!Jangan kesiankan mereka! Nanti tak boleh makan daging mereka pulak.. huhu..

Kenapa kita sambut Aidiladha? Dari segi sejarahnya, sambutan Aidiladha adalah sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail demi menurut perintah Allah swt.. Masa Aidiladha la wujudnya Hari Tasyrik.. Ingat tak masa kita belajar untuk PMR dulu dalam Pendidikan Islam, hari-hari dilarang puasa.. Salah satunya adalah Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.. Jangan puasa tau.. no no no.. hehe.. Ha lagi satu, kita disunatkan supaya makanan yang mula-mula dimakan pada 10 Zulhijjah adalah daging korban yang berkat.. :)

Ok la, Cik Ain nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.. tak kira la kat mana pun.. Semoga Aidiladha memberi seribu pengertian buat kita semua.. :)

Monday, November 15, 2010

Banyak benda


Bosannya!! Kerja memang banyak.. Banyak sangat tapi sangat malasss nak siapkan.. Tolong la mood kerja.. Sila datang! wuuu.. (+_+) Hari Isnin dengan Jumaat memang hari malas buat kerja ke eh? Selalu orang sebut Monday Blues.. Tapi takde pulak Friday Blues.. ke ada?hehe.. Hari Jumaat malas nak buat kerja sebab mood weekend macam dah terjerit-jerit kat telinga.. Weekend!Weekend! Camtu la jeritannya lebih kurang.. haha.. :p

Hurmm.. Raya Haji Cik Ain tak balik Karak sebab cuti sehari je.. Encik Sidi berlagak ye cuti 2 hari!Siap nak tambah sehari lagi.. amboi! hehehe.. :) Cik Ain takde plan lagi nak buat apa time raya.. Memerap dalam bilik je kot.. Nak masak rendang bagai memang tak la kan.. haha.. :p

Eh terlupa pulak nak wish.. Congrats to my dearest cousins, Nana dengan Khairil sebab dapat 5A dalam UPSR.. I'm so proud of you both! :)

Cik Ain dah bli tiket Harry Potter.. Tak sabar nak tengok.. Lama dah tunggu ni.. hee.. :)

Tiket adik tersayang pun Cik Ain dah bli.. Maklum la dah nak cuti semester kan.. Tak sabar nak tengok rumah meriah semula.. Semua orang balik.. :)

Tetiba hari ni mood sinar fm datang.. So, Cik Ain pun dengar sinar fm dari pagi tadi.. hee.. Memang oldies la lagu.. Bila dengar mesti macam, "Oh lagu ni masa aku tadika dulu.. Oh lagu ni masa darjah 6.. Oh lagu ni tak penah dengar.." haha.. macam bes pulak.. :)

Memang banyak benda yang Cik Ain merapu ni.. sebab tu letak tajuk banyak benda.. hehe.. Ok, tak nak merapu dah.. insaf sekejap!kiki.. :p

Wednesday, November 10, 2010

Beringat


Orang selalu cakap hidup ibarat roda.. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah.. Betul dah apa yang orang cakap tu.. Tapi kebanyakan manusia ni selalu lupa bila dah berada di atas.. Lupa saudara mara.. Lupa kawan-kawan yang baik *kawan yang hampeh memang wajib la lupa kan?:p*..

Bila berada di atas, sila jangan berlagak.. Sila jangan bercakap besar.. Sila jangan bangga diri.. Sila jangan sombong.. Sebab masa kita untuk berada di bawah tu pasti tiba..

Thursday, November 4, 2010

Dari Hati..


2 entri dalam sehari? amboi amboi Cik Ain.. hehe..

  • Benda yang dah lepas, yang dah berlaku jangan simpan dalam kepala lagi.. Dah tak boleh nak buat apa-apa.. Cuma boleh ambil iktibar, peringatan, pengajaran dan sewaktu dengannya je la.. Kesian sikit dekat otak tu yang kena bekerja keras seumur hidup.. Seumur hidup tau! Bukan sepanjang tahun sepanjang hari.. Gunakan otak anda untuk simpan perkara-perkara yang penting.. Bukan perkara-perkara remeh ok! :)

  • Bila sesuatu benda tu dah jadi, jangan asyik nak fikir kenapa jadi camtu, kenapa tak jadi camni.. Bukan tak boleh fikir langsung.. Boleh.. Tapi bukan setiap masa.. Lebih baik fikir apa yang perlu dibuat supaya benda tu tak berulang lagi di masa yang akan datang.. *macam buat karangan BM darjah 5.. haha*

  • Kadang-kadang bila kita bermasalah, kita fikir kita la orang yang paling malang dalam dunia.. Tidak! Percaya la ada lagi orang yang lebih bermasalah daripada kita..

  • Bila orang bagi nasihat, dengar nasihat tu dari sudut positif.. Ayat macam "Ko cakap senang la.. Ko tak rase camne.." sangat tak membantu! Niat orang tu baik nak tolong redakan keadaan, tapi bila kita cakap camtu serupa macam kita tak berkongsi masalah.. Say no to negative thinking! Kalau ternegatif sekali sekala tu takpe la kan.. Tapi untuk penyelesaian masalah, elakkan fikiran-fikiran yang negatif.

Bila dugaan datang, kita kena bersabar.. Bila kebahagiaan muncul, kita kena bersyukur.. :)


Life is beautiful.. Don't waste it.. Learn it, live it, love it! :)

Gambar ehsan Google :)

Jujur dari hati Cik Ain.. Sekian~ :)


Idea/Ide/Whatever..


Kalau takde idea, tenung kotak new post ni 10 tahun pun tak guna.. haha.. Cik Ain memang takde idea tapi tak tau kenapa jari-jari ni takmo berhenti tekan keyboard.. *Ok, tipu.. sebab nak taip ayat ni pun seksa rasa.. :p*

Hari ni Cik Ain balik Karak.. Yay!Yay! Hepi! Hepi! :) Tapi Raya Haji nanti Cik Ain tak balik sebab cuti tengah-tengah minggu kan.. Nak apply annual leave pun, annual leave dah ciput.. huhu.. Pasrah je la nanti.. ;(

Haish.. tak tau la nak taip apa dah.. Ha! I had Nasi Lemak for breakfast! *Omaigod! Just stop la Ain!* Ok, Cik Ain stop kat sini.. hehe..


Eh jap nak sambung sikiiitt je lagi.. rajin-rajin nanti, pegi la melawat blog Baju Si Manja.. ada cute busha pants kat situ.. Kalau nak beli lagi bagus! hee.. A lot more products soon! :)

motif gambar: ahh.. xde motip motip!haha.. :p

Monday, October 25, 2010

Geram!


Kalau rase tak boleh nak bertolak ansur dengan orang sekeliling, jangan duduk dengan manusia!!
Pegi duduk dalam hutan! Bercampur-gaul dengan haiwan-haiwan liar..

Yes, I hate u! Memang tak elok benci orang tapi keadaan sangat memaksa and once I hate, it's forever!

Friday, October 22, 2010

Status~


Status? Ada apa dengan status? Haa.. Cik Ain nak cakap pasal status Facebook.. Cik Ain percaya semua orang pun suka letak status kat Facebook.. Termasuk la Cik Ain sendiri.. Tapi Cik Ain rasa sangat tak selesa dengan status sesetengah orang yang terlampau emo dan di post boleh dikatakan hampir setiap minit.. Nak cakap setiap saat macam melampau pulak kan.. hee..

Tak salah pun nak post status tu.. Tapi biar lah berpada-pada.. Nak post status emo pun tak salah.. Boleh sangat.. Tapi jangan la setiap minit.. Nanti semua orang jadi emo bila baca status tu.. huhu.. Kesian kat orang yang tak bersalah.. hehe.. Sama jugak untuk orang yang tengah rindu-rinduan tu.. Ye, Cik Ain tau tengah rindu kat orang tu, orang ni.. Tapi nak post pasal rindu tu cukup la sekali..

Ye, memang la Facebook masing-masing.. Tapi kita kan share dengan kawan-kawan jugak.. Kalau orang asyik cakap benda yang sama, berulang-ulang macam, "Weh, tadi aku makan roti".. Tak lama lepas tu dia cakap lagi, "Weh, tadi aku makan roti".. Kita pun jadi bosan kan? So, no hard feelings ok! Just my 2 cents.. :)


Wednesday, October 20, 2010

What a Day!


Wahh.. cantik tarikh hari ni ye.. 20.10.2010.. Tapi macam malang pulak untuk Cik Ain.. Mana taknya, pagi tadi tertinggal bas.. Bas dah ada depan mata tapi Cik Ain tak boleh nak pegi dekat bas sebab tengah tersangkut kat tepi jalan.. Kereta banyak sangat.. Tak boleh nak melintas.. Akhirnya Cik Ain terpaksa beri pandangan sayu kat bas yang dah gerak.. *agak poyo ayat ni.. haha*

Ok, takpe la tertinggal bas tu.. Nanti ada lagi bas lain.. Tak sampai 10 minit, datang lagi 1 bas.. Cik Ain pun gumbiraaa.. On the way nak ke ofis tu, bas ni pulak buat hal.. Bas yang sebelum ni tak reti-reti nak slow, asyik meluncur je atas jalan tu tetiba jadi merangkak-rangkak mengalahkan kura-kura!! Oh tidak! Maka, pemandu bas tu pun stop la tepi jalan.. Dia suruh semua orang turun, naik bas lain.. Cik Ain pun naik la bas lain.. Tapi bas tu tak pergi Presint 15 pulak sebab route dia ke Alamanda.. Ok, fine.. Cik Ain naik dulu bas tu, nanti kat Alamanda tukar naik bas lain.. Masa sampai kat Alamanda, bas ke Presint 15 pun memang dah ada.. Ha, apa lagi.. Berlari-larian la Cik Ain nak naik bas tu.. Fuh, nasib baik sempat!

Terasa sangat mencabar perjalanan nak ke ofis hari ni.. Bagai menempuh hutan belantara.. *unsur hiperbola di sini! Masuk hutan pun tak penah! :p* Tapi tadi Cik Ain tak berseorangan.. Cik Nor Noya dengan Cik Amutha ada sekali.. Kesian kami bertiga! hehe..

Cukup! Sekarang Cik Ain nak pergi menyiapkan kerja! ngeee.. :)

Tuesday, October 19, 2010

Benci

Benci dengan lampu yang kelip-kelip

Benci dengan aircond yang tak reti-reti nak sejuk

Benci! Benci! Benci!

Saya sungguh tidak selesa.......

p/s: Cik Ain bukan nak merungut.. But a good environment is much conducive for working and productivity! Kan? :)

Monday, October 18, 2010

Tears on my pillow~


Eh eh apsal tetiba tears on my pillow pulak ni? Haa.. meh meh Cik Ain cerita.. :)

Last weekend Cik Ain dah berazam tak nak keluar pegi mana-mana.. Nak duduk rumah je.. Maka, Cik Ain pun amik stok-stok cerita dari Kak Suri untuk mengisi masa lapang.. hee..

Hari Sabtu Cik Ain marathon cerita Harry Potter.. dari Sorcerer's Stone sampai The Order of Phoenix.. Al-maklum laa.. bulan 11 ni kan ada Harry Potter.. *can't wait! :)*

Hari Ahad Cik Ain pasang satu movie Jepun ni.. tajuk dia "1 Litre of Tears".. Mak aiiihh.. Sangat laa sedih ceritanya.. Tetiba je Cik Ain jadi murah dengan air mata.. Meleleh-leleh.. Sampai basah bantal.. huhu.. Macam Cik Ain pulak yang jadi pelakon.. Over sangat nak feeling-feeling bagai kan.. haha.. Tapi nak wat camne.. I couldn't help it! Movie tu rasanya dah lama keluar.. Tapi Cik Ain yang baru nak tengok.. hee..

Dear Kak Suri,

"Orang tu memang suruh kita menangis 1 litre kot! haha.. "

Monday, October 11, 2010

Psycho!

Alkisah......
Hari jumaat lepas Cik Ain keluar ofis agak lewat dari biasa.. So, Cik Ain terpaksa la tunggu bas sorang-sorang.. Tak lama lepas tu, datang la sorang budak perempuan.. Biar la Cik Ain gelar budak perempuan ni sebagai Minah.. Dah lebih kurang 5 minit dia berdiri kat situ, maka wujudlah perbualan di bawah:

Minah : Dik!Dik!Keje kat mana?

Cik Ain : Ofis dekat ngan kedai dobi kat belakang tu..

Minah : Ooo.. Dik.. akak nak mintak tolong sket boleh?

Cik Ain : Ha?Mintak tolong pe? *Cik Ain ingat dia nak jual barang sebab dia tengah pegang krim*

Minah : Ermm.. Boleh tak adik teman akak malam ni? Akak tinggal sorang kat rumah.. Housemate akak pegi konvo kat Sabah.. Kawan-kawan akak yang lain dah kawin.. Boleh tak dik?

Cik Ain : Haaa??Ermm.. tak boleh la akak.. Esok saya nak pegi KL.. *Cik Ain tipu.. :p*

Minah : Esok nak pegi KL?Hurmm.. takpela.. Kalau camtu adik teman akak malam ni.. Adik bawak baju kan? *Sambil mata si Minah ni tengok beg laptop Cik Ain*

Cik Ain : Eh.. saya tak bawak baju la.. *Dalam hati Cik Ain, "ko ingat aku lari dari rumah ke? Sengal.."*

Minah : Ha takpe takpe.. Adik pakai je baju akak.. Bole tak dik?

Cik Ain : Tak boleh la akak.. Saya tak biasa.. Nape akak tak ajak kawan-kawan akak yang lain?

Minah : Kan akak dah cakap! Kawan-kawan akak semua dah kawin! *Tinggi suara*

Terdiam..*Cakap dalam hati, eh eh.. emo pulak minah ni.. tampor kang!*

Cik Ain : Takkan akak takde kawan yang bujang?

Minah : Diaorang semua balik kampung..

Dua-dua diam jap...

Minah : Adik.. nape tak keje kat Alamanda?

Cik Ain : Haaa??Nak watpe keje kat Alamanda? Keje pe kat Alamanda? *agak terkejut dengan soalan ni*

Minah : Keje kat kedai-kedai kat situ.. Kedai baju.. Supermarket.. Ha Guardian tu basic gaji dia banyak tau!

Terdiam lagi.. *Sah sah pompuan ni ingat aku keje kedai dobi..*

Cik Ain : Keje saya dah ok kat sini.. Nak watpe keje kat sana.. *Terus paling muka sebab dah rasa nak marah*
Minah : Adik.. adik.. krim ni ok tak?

Cik Ain : Entah.. Saya tak pernah guna.. *Ko ingat aku ni tester krim ke?*Sengal infiniti punya minah*

Minah : Adik ni umur berapa?

Cik Ain : 25.. akak?

Minah : 20.

Cik Ain : Dah tu nape beria sangat nak berakak-akak?? *Memang Cik Ain dah marah time ni*

Minah tu sengih-sengih yang Cik Ain rasa sangat annoying dan Cik Ain palingkan muka lagi sekali sebab dah tak kuasa nak layan.. Minah tu sangat psycho dan scary!! Secara logiknya kan, kalau kita tinggal sorang pun kat rumah, takkan tetiba nak ajak orang tak kenal temankan.. Gila ke? Buatnya terajak orang jahat, camne? Sampai Cik Ain terfikir, kalau Cik Ain temankan dia, nanti kena bunuh cmne?huhu.. Moralnya sekarang, jangan keluar ofis lewat kalau sorang-sorang.. hee.. :)

Friday, October 8, 2010

Fridays!


Yup Fridays! I love Fridays! Everybody loves Fridays I think.. :) Last working day in a week!

Sabtu dan Ahad adalah masa untuk diri sendiri.. yippie! Cik Ain tak tau lagi plan minggu ni.. Maybe stay kat rumah je.. Perlu mengemas bilik yang terasa dah berkurun tak berkemas.. Habuk-habuk pun tengah seronok bermaharajalela dalam bilik Cik Ain tu.. huhu..

Oh ya! Hari ni ada pasar malam kat Presint 2! Dah lama tak melawat pasar malam.. Sejak geng ke pasar malam dah bertukar kerja.. :( Kalau mood rajin ON, maka Cik Ain akan berjalan-jalan ke sana after work.. *jarang sangat mood rajin nak ON lepas keje.. :p*

Anyway, happy weekend peeps! Have a great one ok! :)

Thursday, October 7, 2010

L.A.P.A.R


Saya lapar. I am hungry. 我饿了 (wǒ è le).

Cesshh.. tetiba terselit Mandarin kat situ.. Cik Ain rindu nak cakap Mandarin like i used to learn back in Labuan..
Rindu kat laoshi yang sangat strict.. hehe.. Cik Ain ingat lagi bila nak exam Mandarin je, mula la bertungkus lumus mengadap buku kulit hijau yang laoshi import dari China! :) Bila time oral lagi gabra! Tak cukup dengan baca text depan laoshi, adegan berlakon pun kena buat jugak tau!

Bila kenang-kenang balik, memang seronok.. Rindu zaman belajar.. Rindu sangat.. Ok, back to the topic.. Cik Ain lapar! Tu je nak cakap sebenarnya.. Mukadimah je panjang.. haha.. :p

Kepada Cik Mimi, ain nak makan ikan yang mak mimi pos masa kita kat Labuan tuuu!!! Sedap sangat bila goreng pastu makan dengan nasi panas!

Monday, October 4, 2010

We'll miss you..


Semalam hari yang sedih untuk Cik Ain sekeluarga.. Kucing kesayangan dah takde.. :(

Uteh dengan abah.. Sempat jugak dia beraya.. :)

So long Uteh... we'll miss you....

Wednesday, September 29, 2010

Ohhh~

Ohh best nya hujan..

Ohh sejuk nya rasa..

Ohh hepi nya kalau dapat tido...

Ohh saya di ofis..

Ohh ohhh ohh.. KERJA Cik Ain KERJA! (+_+)

Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran~


Yay! Lagi 4 hari nak raya.. Esok petang Cik Ain pulang ke kampung.. Hoorayy!!

Cik Ain nak ucapkan kepada semua umat Islam especially kawan-kawan Cik Ain, Selamat Hari Raya! Kalau ada salah silap, terkasar bahasa ke ape ke, Cik Ain mintak ampun maaf la ye.. :)

May Aidilfitri brings you happiness! :)


Friday, September 3, 2010

Boom Sana Boom Sini


Diam tak diam tinggal lagi 6 hari je nak raya.. Musim raya ni memang tak sah la kalau takde budak-budak main mercun kan.. Larang la macam mana pun.. Ada je bunyi meletup sana sini..

Semalam lepas Cik Ain berbuka puasa, Cik Ain pun rehat-rehat la dalam bilik.. Kat bawah memang dah dengar bunyi mercun dengan suara budak-budak.. Happy betul mereka ye.. *jeles* Oh ya!Cik Ain stay kat umah flat.. Satu-satunya kawasan bebudak ni main mercun kat playground bawah blok Cik Ain.. Lepas berbuka je memang Cik Ain tutup tingkap langsir semua sebab taknak terkejut dengan bunyi mercun.. *Sesungguhnya saya sangat alergik dengan bunyi mercun.. kalau saya yang main takpe.. ehek.. :p* Rehat punya rehat skali booooom!!! Kuat gilaaaaaaaa!! Cik Ain punya la terkejut sampai bergetar badan.. Memang mangkuk betul la bebudak ni.. *forgive my harsh words.. hee* Ada ke main mercun kat koridor Tingkat 10! Betul-betul meletup depan umah Cik Ain.. Nak je cepuk sekor-sekor.. Kot ya pun dah gila sangat main mercun pegi la main kat taman bawah tu.. eeeeeiii!! Geram! Cik Ain rasa dorang main mercun jenis ni la..

Mercun Telur

Tak pun mercun jenis ni,

Mercun Bola

Haih.. Tu la bebudak.. Bukannye reti nak pikir pasal orang sekeliling.. Dorang tau enjoy je.. sabor je la.. (+_+)

Thursday, September 2, 2010

Once Upon A Time... at home..


Mood nak bercuti melekat kukuh dalam diri Cik Ain ni macam guna gam gajah.. hehe.. Nak buat kerja pun macam sloth*klik sini untuk tengok rupa sloth.. :p* Slow motion tahap petala kelapan *bak kata Cik Nisa..haha*

Ha.. Minggu lepas Cik Ain balik Karak.. Memang makan banyak giler tak ingat dunia.. hehe..

Warning! Salivating at your own risk.. haha.. :p

Sampai je rumah, Cik Ain tengok lauk penuh kat meja.. waaaahhh... sangat tak sabar nak berbuka masa tu.. hehe.. Ada lauk ni,

Meatball soup with carrots and potatoes

Yang ni pun ade,

Ikan pari bakar

Ni lagi,

Telur Bistik.. luv it! :)

Dan lagi,

Sambal sutun.. eh sotong.. hehe.. :)

Then, yang ni pun ada..

Tempe + ubi kentang *Cik Ain memang berdarah Jawa.. rupa jawa je takde... hikhik :)*

Lagi,

Tak tau apa nama makanan ni.. Tapi orang slalu jual kat tempat yong taufu.. :)

Yang ni minuman untuk berbuka..

Mountain Dew ada.. Soya pun ada.. :)

Siapa yang masak? Hish.. Of course la bukan Cik Ain.. hehe.. Adik Cik Ain yang masak.. menyambut kepulangan kakak dia.. haha.. :p Tak sabar pulak nak balik next week! :)

Friday, August 27, 2010

Hepi~Hepi~


Cik Ain sangat hepi hari ni sebab petang nanti Ayahanda Cik Ain datang amik.. So, petang ni Cik Ain dapat berbuka dengan family.. Hoyey! :) *Dalam kepala tengah pikir nak makan ape berbuka nanti...pang!baru kul 11 la Ain weh..haha..*

Semalam Cik Ain sempat pegi Alamanda jap.. Pegi beli buku kat MPH pastu beli piping bag dengan nozzle kat Parkson.. Motif beli barangan tersebut?Haa.. Cik Ain nak buat creampuff esok!!!hee.. Boleh tambah juadah berbuka untuk esok kan? *Ain, kepala ko memang penuh dengan makanan... haha* Kalau ikutkan memang tak nak buat.. Sebab bulan pose ni kalau buat kuih memang sangat la menggoda nafsu makan Cik Ain.. Kan bagus kalau Beard Papa ade kat Putrajaya ni.. Tak payah Cik Ain beli piping bag la ape la kan.. beli creampuff yang dah siap kat Beard Papa je.. sangat sedap ok! Texture custard cream dia sangat lembut..meleleh.. yum!yum! Marvelous! :) Ha tengok ni!

Nampak sedap kan?kan? Memang sedap pun! :)

Cik Ain pernah jugak beli creampuff kat bazar Ramadhan.. tapi kurang memuaskan keadaan dia.. Sedap tu sedap doh tapi custard cream dia keras dan tak berapa cantik.. No offence to makcik jual creampuff ye.. hee..

So, misi Cik Ain esok buat creampuff... misi hari ni??Ok, misi hari ni adalah misi hepi hepi balik kampung! :)

Thursday, August 26, 2010

Cepatnya!


Lagi 2 minggu nak raya??Cepatnya!! Rasa macam baru je lagi puasa.. huhu..
Erm.. persiapan raya? Macam takde pun.. Baju tak siap lagi, kuih, biskut, kerepek bagai tak buat pun.. Ha biskut yang konfim Cik Ain buat Biskut Arab.. hee.. :) Yang lain-lain tu Cik Ain main tunjuk-tunjuk kat kedai je la.. ngeee!

Rasa macam excited pulak nak raya ni.. *bukan excited nak pegi beraya or dapat duit raya or dapat makan banyak ok! Tapi excited nak bercuti.. haha* Tapi excited pun, ada cabaran besar punyaaa 23/9.. Takleh jugak beta nak beraya dengan aman tahun ni.. huhu.. (+_+)

Wednesday, August 11, 2010

Kibar!Kibar!


Cik Ain heran la.. Apsal tak nampak pun segala jenis kereta kat Putrajaya ni yang ada Jalur Gemilang? Bulan kemerdekaan dah ni.. takde semangat kah? Kenapa kah? *wondering*

Cik Ain tak bawak kereta kat Putrajaya ni.. Oleh itu, Cik Ain kibar kat blog je la ye.. *Tu!Tu!Kat atas tu!hehe* At least ada gak kan.. Jom la kawan-kawan.. Semangat patriotik tu kena ada ok!! :)


I'm proud to be Malaysian! Bet you guys too! So, Kibarkan Jalur Gemilang! :)

Tuesday, August 10, 2010

Facebooking OFF~


Haih~ Buat mase ni Cik Ain tak boleh nak update Facebook atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. eceh.. *dalam hati memang geram!*

Cik Ain mintak ampun maap la kalau tak dapat nak balas mesej, komen, wall dan yang seangkatan dengannya sekarang... Umah baru beta pulak takde tenet.. huhu.. *Nanti Cik Ain register tenet kt umah!!! * <--- ayat geram lagik! :p

Ok, leave that! Esok pose!Esok pose!

Selamat Berpuasa ye kawan-kawan.. Pose jangan tak pose tau! hehehe.. :p

Wishing you all a blessed and meaningful Ramadhan! :)

psst..psst.. kalau rasa nak makan rendang dendeng, order la dengan Cik Ain tau! hehe.. *promote!promote!* :p

Monday, August 2, 2010

Tempahan Rendang Dendeng Untuk Ramadhan dan Aidilfitri!!


Dengar sini orang-orang kampung! *cewah!mcm zaman dolu-dolu pulak.. :p*

Sebenarnya, Cik Ain nak bagitau.. kepada sesiapa yang berminat nak tempah rendang dendeng untuk Ramadhan *sebagai juadah berbuka or bersahur* boleh la melawat website ni..


Nak tempah untuk raya nanti pun boleh.. dialu-alukan.. :)


Sekian, terima kasih.. *skema la pulak!hee*:)


Monday, July 12, 2010

Floral~Floral~


Last week Cik Ain pegi jalan-jalan kat Pesta Flora Putrajaya.. Comey-comey belaka bunga kat situ.. eeeei, geram! hehe.. Tapi motif utama bukan nak tengok bunga sangat tapi nak ber'snap' sana sini! :p


Bunga biru ni cute sangat! :)


Patriotik! :p


Banzai!! eh bukan la! bonsai.. hehe.. :p

Actually, banyak lagi yang Cik Ain snap tapi kang jadi berjela-jela pulak entry ni.. hee.. Pada sesiapa yang suka nak tengok bunga-bunga, sila la pegi Pesta Flora ni.. sampai 18 Julai 2010 tau! Sekali sekala jadi hati taman.. tak salahkan? hahaa... :p

Saturday, July 10, 2010

Bla..bla..bla..

Ohh saya sungguh busy!!!!

Kerja yang tak berkesudahan...
Pindah umah..
Baju raya yang tak bertempah..
Nak pegi jenguk Tok..

bla..bla..bla.. (+_+)

Wednesday, June 30, 2010

Sayonara Kawan..


Entri ni Cik Ain tujukan khas buat Cik Hanum yang dah pulang ke kampung halaman.. *skema kan ayat aku?hikhik*

Hanum, ko ingat tak masa kita mula-mula bertegur sapa.. Kita jumpa kat Sentul.. Umah Cik Rozy ngan Cik Paroh.. Time tu aku memang tak tau nak borak pasal apa ngan ko.. haha... *aku kan pemalu?wakaka*.. Ko pun senyap je..

Pastu kita start rapat bila dok sebilik kat Apartment Mawar skali ngan Cik Leha.. Pegi mana-mana pun bertiga.. Most of the time la kan.. :) Pegi kelas skali.. Bila naik tren je, mesti ko ngan Leha busy cuci mata.. Pastu keluar je dari tren, korang mesti bising-bising pasal jumpa orang ensem la.. orang lawa la.. Aku jugak yang blur.. haha... Ko ngan Leha cakap aku naik tren tak pandang kiri kanan.. wakaka.. Lawak pulak aku rasa time tu..

Hanum, ko ingat tak masa kita masuk kelas ACCP.. kita buat group project sama-sama.. Sampai tido lewat pun ada.. huhu.. Ko ingat tak ko wat kepala ala-ala Tulasi.. hahaha.. kelakar betul!!

Hanum, ko ingat tak masa kita pergi kerja dari Sentul ke Putrajaya.. Kul 6.30am dah kua umah.. Jauh gila kita berjalan, naik tren turun tren.. Pastu naik bas pulak.. Ingat tak betapa cuaknya kita masa first time naik Nadiputra?wakakaka... Aku memang tak boleh lupa part tu!! Time tu la kita sama-sama merasa buka puasa dalam tren kan.. hehehe..

Hanum, ko ingat tak kita buat kerja gila tiba-tiba kua ofis masa rehat, pastu trus naik bas pegi Alamanda?Best kan buat camtu!!hahaha..

Hanum, tadi aku bukak pintu bilik aku, tengok bilik ko kosong, aku sedih.. :'(

Hanum, aku mintak maaf ye kalau ada salah silap.. Mintak halal makan minum.. Aku suka kawan ngan ko.. Wish you all the best.. Senang-senang datang la KL.. kita ronggeng! heee.. :)

Cik Hanum dan Cik Ain.. *miz u already..sob!*

Sayonara kawan....

Tuesday, June 22, 2010

Ohh Tidak!


Kat ofis, tengok kalendar..
Balik umah, tengok kalendar..
Bau makanan, teringat masakan mak..
Nampak budak-budak yang sehat terlebih, teringat wo de didi, Daniel..

Oh Tidak!! Saya homesick!

Wo yao hui jia!!

*godek dari uncle google*

*tak sabar rasanya nak tunggu sampai minggu depan.. :)*


Thursday, June 17, 2010

W.O.R.D.S


"There are more than what meet the eyes"

Pebende ayat ni tetiba kan.. hee.. Cik Ain terjumpa quote ni tadi dan Cik Ain jadi sangat suka dengan quote tersebut.. :)

Peeps, learn the above saying.... sometimes looks can be deceiving and things are not always as they appear, ye dak?

P.E.A.C.E (^_^)v

Monday, June 7, 2010

I'm not stupid


You think you're good at it,
But I'm not stupid..

You think you could fool me,
But I'm not stupid..

You even swear when we argue,
But I'm not stupid..

And yes I'm not stupid..

Thank You Allah for the guidance..

And to you... I'm glad we're done..

Hoping for a nice goodbye with I-hope-you-will-be-happy phrase? No, never in million years..


-E.N.D-